Teringat 4 tahun yang lepas... 9/12/2009...
Kandungan pertamaku 3 minggu lagi nak mencecah 39 minggu. Due date untuk aku melahirkan anak pertamaku. Kebiasaanyer aku pergi check-up dekat PPUM. Tapi aritu aku ajak hubbyku tuk cari hospital yang mana die boleh masuk untuk menemaniku ketika aku bersalin nanti. Pusat Rawatan Islam KL menjadi pilihan. Lebih kurang jam 12pm kitorang sampai. Kebetulan; impian dan harapanku untuk dapatkan perkhidmatan dari doktor wanita berjaya! Doc. Marsita... Alhamdulillah..rezeki ku dan juga rezeki anakku.
Lebih kurang setengah jam kemudian aku di bawa masuk ke labour room no.7. Masa tu macam2 perasaan ade.. Berdebar, takut, gemuruh, risau, excited, nak termuntah pun ade..huhuhu.. Al-maklumler, first time nak beranak.. Dah siap tukar uniform sumer..nurse suruh tunggu. Aku pun mintak izin nak solat zuhur dulu. After solat, nurse pun mulalah bz sediakan segala benda tuk aku bersalin nanti. Ade sorang nurse cek bukaan aku, "Dh 3cm.." Aku kena induce..katenyer tuk cepatkan bukaan and bersalin. A few minutes lepas kena inject induce 2..aku dah mula rasa contraction.. Allah..tuhan jer yang tau rase sakit die..
Di shortform kan cerita..doctor ku sudah datang..Sakit dah tak boleh nak tahan dah..dah terasa betul nak beranak dah..Hubby duk kat sebelah..aku punya pegang tangan die kuat giler! Doktor cek dah nampak kepala baby.. Elok doctor suruh aku push jer, dengan sepenuh hati and kudrat yang ada aku meneran! Rasanyer sekali push jer aku dah selamat lahirkan bayi sulungku.. Alhamdullillah..lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.97kg yg sehat dan sempurna... Aku; kepenatan dan lega...
Dan ketika kelahiranmu itulah aku berjaya merasa sakitnya melahirkan anak, wujudnya perasaan syukur hati seorang ibu..dan penyeri pertama rumah tanggaku.
Masa itulah aku dapat lihat keceriaan dan betapa gembiranya suamiku apabila mendapat zuriat pertamanya. Setiap saat direnungnya wajah bayi itu. Mama pun tak berhenti duk jawab call and massage. paling tidak dapat ku lupa adalah abah telah mencium dahiku di saat aku telah pun bergelar seorang ibu.. Betapa gembiranya semua orang2 yang aku sayangi tatkala kehadiranmu..
Dialah anakku Muhammad Razin bin Muhammad Riza Syaifuddin... Hari ini genap sudah umur mu 4 tahun. Selamat Hari Lahir anakku... Doaku yang terbaik buatmu..
His first year...
Now..4 years old...
Mama, Papa & adik Rizqyn love u a lot!!!
Thanks 4 reading my blog and click 'LIKE' ok!!